Pages

Sunday 17 July 2011

Ceritera Hidup : Part 1



"Hidup yang selama ini penuh dengan jalan yang berliku, tanpa
disedari sudah makin lama ia berlalu dan aku semakin lali dengan
kehidupan yang sebegini rupa. Tidak aku pasti sampai bila ia akan
terus menghantui hidup ku ini. Allah S.W.T Maha Besar dan Maha
Mengetahui. Aku redha dengan kehendaknya, aku redha dengan
ketentuannya. Tetapi kadang kala aku terpikir mampu kah lagi aku
untuk menghadapi hidup ini kerana aku hanya manusia biasa, tidak
sempurna dan kadang kala bisa melakukan kesilapan".


Lia!!...turun, makan.. "Baik mi". Aku membalas.
Aku terkejut, lantas menutup "MR. D" kesayangan ku setelah
mencoret isi hidup ku. Sudah banyak aku 'muntahkan' segala
rasa di dalam MR. D ku. Hanya 'dia' saje tempat aku mengadu,
walaupon 'dia' hanyalah sebuah diary. Tapi ia amat bermakna
kerana ia adalah pemberian seseorang yang amat istimewa dalam
hidupku yang sudah lama tiada lagi dalam hidupku. Pesananya tidak
akan ku lupa sampai bila-bila.

"Lia, ambil lah hadiah dari aku yang tak seberapa nih, kau titipkan lah
segala rasa kau di dalam ini tidak kira pahit ataupon manis sebab segala
apa yang berlaku itu banyak hikmahnya dan mungkin akan dapat
membimbing kau suatu hari nanti. Tiada apa yang lebih berharga
melainkan pengalaman. Takut lepas ni aku sudah tak da lagi di sisi kau
untuk menjadi pendengar kau"

Lia mengeluh panjang, kata-kata sahabatnya itu bagai belati yang
membuatkan hatinya kembali sedih. Sahabat baiknya Amira banyak
menolongnya ketika susah, banyak memberi nasihat dikala berputus
asa tentang hidup, banyak mengingatkan bahawa hidup cuma sekali,
hargailah sebelum terlambat. Kerana dia jugalah, Lia dapat meneruskan
kehidupan ini.

"Nur Alia Qistina!! Ya Allah, ape yang dimenungkan lagi tu Lia, mari turun
makan ni. Abi dah lama tunggu tau, nanti sejuk lauk tu dah tak sedap". Kata
ummi sambil membelai lembut rambut Lia yang panjang mengurai

"Eh! mi, sorry-sorry. Terleka pulak, ok jom jom". kata ku sambil tersengih sumbing.


****************************


Lia!! Aku menoleh, Adam rupanya.
Aku mempercepatkan langkah kakiku kerana tidak mahu bertemu
dengan adam. Dirumah, aku dipanggil dengan panggilan mesra 'Lia'
Tapi, di Uni aku lebih selesa dipanggil Qis oleh kawan-kawan sebab
hanya orang yang aku sayang dan rapat dengan aku saja yang boleh
panggil aku 'Lia'.

Tapi, mamat sorang ni memang tak paham bahasa. Dari hari pertama
kami berjumpa sudah aku ingatkan jangan panggil aku Lia, panggil saja
Qis. Tapi mamat nih memang degil, masih panggil aku Lia walau sudah
beberapa kali makan maki hamun aku.

Lia!! kenapa awak jalan laju sangat ni? kelas kan lambat lagi nak start".
Kata Adam. Lelaki yang tinggi lampai, bersusuk tegap, wajah yang berkumis
nipis, kulit yang cerah, sinar mata yang redup, dengan senyuman manis
yang memang mampu mancairkan hati ramai gadis di Uni. Tapi tidak pada
seorang gadis yang bernama Nur Qistina Alia. Untuk apa semua itu? Rupa
paras hanyalah sementara saja, hati yang penting.


BERSAMBUNG....

9 comments:

LiNa said...

best2...nnti sambung lg yer..

Riez Razali said...

Insya Allah...tq for the time to read

NaimJamaluddin said...

memang kaki baca novel ni...nmpk dah gya tu..hehe

Riez Razali said...

hahaha...

Soraya Fathin said...

Opocot.. tetibe ade org post comment kat blog aku.. huhuh... thanks... aku pun rindu tp ko taw la aku kan.. mana la kuar jumpa org.. hehehe..

Riez Razali said...

so!!! hehehe... tuh r.. aku pon lbih kurg cm ko.. mls nk kuar jumpe org...haha

miss tulip said...

uit riez.. tulis novel ek? hehe gd luck yer..=D

Riez Razali said...

dibah: hehehehe...tq weh sbb sudi bc..hehe

miss tulip said...

same2..=)

CLICK here..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...